Blogger Templates Segalanya Bermula: Lawatan ke Ladang Penternakan Kelulut- Tg Malim

Monday 4 March 2013

Lawatan ke Ladang Penternakan Kelulut- Tg Malim



Salam semua,

Hujung minggu baru ni, Alhamdulillah Beginner berkesempatan melawat ladang penternakan Lebah Kelulut di Tg. Malim kepunyaan En. Abu Hassan. Lawatan ringkas tersebut hanya disertai peserta cilik, selain Beginner dan adik serta ketua rombongan ..ya pastinyer Abg. Y (AbY)...huhuhu


Bertolak dari rumah sekitar jam 9.30pagi....singgah sebentar di RR Rawang untuk menikmati sarapan pagi berupa nasi lemak. AbY yang mencanang katanya  nasi lemak di RR rawang ngetops. So kami pun try lah...emm..ok lah...cukup rasa...yg paling best, sbb AbY yg bayar.. Toa chie.... Toa chie...kehkehkeh ....

 
                                                                     R&R Rawang
 


Ekspedisi diteruskan lagi....pas rawang, ....kuar kat exit Tg. Malim...enjin kereta menderu menyusuri perkampungan....dan akhirnyer memasuki kawasan tanah kebun....sesuai untuk kenderaan 4X4...tapi apa kira, sedan 1.3 pun redah juga...ok what...hehhe....2x gak lah sesat jalan...sbb silap masuk simpang daa.....almaklum..tak pakai GPS...kalu pkai GPS...semua org boleh....kan jenet kan kan kan...kehkehkeh. 

                                                                   Exit Tg Malim


Waktu kami sampai, ada 4 org tamu yang dah sampai dulu. Mereka nih dtg nak wat research. Maybe student atau persendirian yang berminat nak mengetahui tentang penternakan kelulut nih. Sambutan baik dan ramah oleh En. Abu Hassan dan pembantunya, Pak Mat membuatkan kami selesa meninjau kawasan ladang milik beliau yang Beginner anggar mungkin mencapai keluasan 10 ekar...memang luas.

 sekumpulan researcher ...dan terselit Cik Siti mendengar penerangan 



Di halaman ladang tersebut, ada ditempatkan dua buah bangsal yang menempatkan kira-kira lebih 30 sarang lebah kelulut bermacam-macam spesis. Bila Beginner dapat lihat live nih, mmg amat teruja dan yakin nak bercerita. Mmg kuasa Pencipta yang Agung menjadikan haiwan pelbagai jenis dan fungsi yang hebat. En. Abu Hassan memberi penerangan kepada rombongan researcher  yang complete dengan handycam di tangan mereka. Di samping itu, kami mendengar sama dengan penuh minat sambil tak sudah2 snap gambar sana sini. Adik Beginner pun tak ketinggalan snap gambar lagak cameraman amatur...kehkehkeh. Peserta kecil seronok berlari-lari melihat rimbunan pokok bunga yang sengaja ditanam di sekitar kawasan ladang untuk tujuan
pengumpulan madu oleh kelulut ni. Mr. Hanif dan Cik Siti sesekali tergaru-garu kepala kerana rimas di 'cium' kelulut. huhuhu




Bangsal yang menempatkan sarang kelulut semulajadi




antara spesis  yang diminati kelulut sebagai sumber madu ditanam disekitar ladang



beratus jenis sarang kelulut















 
   
cameraman amatur jadi mat sibuk ke sana ke sini...huhuhu

To be continue...

4 comments:

  1. salam, akak/abg boleh bagi alamat x?

    ReplyDelete
  2. salam, ada alamat atau no telefon owner yang boleh saya col tak? TQ

    ReplyDelete
  3. Bleh bg alamat ke emel sy norzimah.ch@gmail.com

    ReplyDelete
  4. Bleh bg alamat ke emel sy norzimah.ch@gmail.com

    ReplyDelete