Salam Semua,
Beginner baru saje diperkenalkan dengan
projek baru oleh En. Y iaitu Perusahaan Madu Kelulut. Kelulut?? Menatang apa
tuh? Mungkin sebilangan kita biasa mendengar madu lebah sahaja, tapi jarang
diperkenalkan dengan madu kelulut..betul tak..? kalau Mengikut Kamus Elektronik Dewan Eja Pro, istilah
kelulut nih adalah seperti berikut:
Dan Pakcik Google menyerlahkan image berikut:
Tapi, ini pokok kelulut....yang mula2 kita
cerita tuh adalah madu kelulut... sama ke...? apa kaitannyer....terlanjur kita
google, meh amik ilmu sket akan khasiat pokok kelulut ini. Pokok Kelulut (Urena
Lobata) selalunya tumbuh di kawasan tanah terbiar. Manakala buahnya amat mudah
melekat pada fabric. Namun, akar dan daun kelulut tak ketinggalan turut
memiliki khasiatnya yang tersendiri. Iaitu mengurangkan sakit gigi, merawat demam
yang berpanjangan dan juga merawat luka.
Cara-cara penggunaan akar dan daun kelulut
nih berbeza-beza mengikut jenis rawatan.
Mengurangkan Sakit Gigi
1. Ambil bahagian akar pokok kelulut saja.
2. Bersihkan akar tersebut sebaik mungkin.
3. Kemudian, kunyah akar tadi secara
perlahan-lahan.
Merawat Demam Berpanjangan
1. Ambil akar kelulut dan bersihkan ia.
2. Kemudian, tumbuk akar tadi hingga lumat
sedikit.
3. Seterusnya, anda perlu kisar akar
tersebut dengan menambahkan sedikit air.
4. Selepas itu, tapis akar kelulut tadi
untuk mendapatkan jusnya.
5. Akhir sekali, minumlah jus tersebut
secara perlahan-lahan.
Merawat Luka
1. Ambil beberapa helai daun kelulut dan
bersihkan.
2. Kemudian, tumbuk daun tersebut hingga
lumat.
3. Akhir sekali, pupukkan daun yang telah
lumat pada bahagian yang luka.
sejauh mana keberkesanannya, Wallahualam...kena cuba sendiri lah yer...
Berbalik semula pada Madu Kelulut di awal
entry. Kelulut yang cuba dimaksudkan ialah sejenis serangga kecil seperti lalat...malahan
lebih kecil daripada lalat yang berupaya menghasilkan manisan madu.
Istimewanya,
serangga ini tidak menyengat seperti lebah. Malahan, madunyer terbukti jauh
lebih berkhasiat daripada yang dihasilkan oleh lebah...bagus kan..? semuanyer
kuasa Allah. Rajin mentelaah, lebih banyak penemuan baru yang bakal diperolehi.
Kelulut lahir daripada keluarga APIDAE. Apa
tuh..? memetik daripada sumber Wiki, APIDAE ialah : The Apidae are a large
family of bees,
comprising the common honey bees, stingless
bees (which are also cultured for honey), carpenter
bees, orchid
bees, cuckoo
bees, bumblebees,
and various other less well-known groups. The family Apidae presently includes
all the genera that were previously classified in the families Anthophoridae
and Ctenoplectridae, and most of these are solitary
species, though a few are also cleptoparasites.
The four groups that were subfamilies in the old family Apidae are presently
ranked as tribes within the subfamily Apinae. This trend
has been taken to its extreme in a few recent classifications that place all
the existing bee families together under the name "Apidae" (or,
alternatively, the non-Linnaean clade "Anthophila"),
but this is not a widely-accepted practice.
Kelulut nih banyak jenis spesis. Terdapat lebih
kurang 33 jenis spesis di Malaysia. Di Semananjung
sahaja terdapat 21 spesis, manakala selebihnya berada di Sabah/Sarawak. Oleh
sebab teknologi yang terbatas, masih belum ramai usahawan yang berjinak-jinak
untuk meneroka perusahaan menternak kelulut. Secara semula jadi, kelulut
tinggal dalam lubang kayu pokok, dalam rongga batu-batan, pada dahan pokok,
dalam lubang paip PVC dan bermacam-macam lagi. Kapasiti kelulut di dalam setiap rumahnyer tidak besar,
hanya meliputi kira-kira 50-200 ekor sahaja. Mereka keluar dari sarang pada
waktu siang, dan hanya kembali ke sarang apabila cuaca mula gelap.
Haa...inilah gambar kelulut....kecilkan?
dah penat mentelaah, kita sambung lagi minggu hadapan...selamat berhujung minggu semuanyer...