Blogger Templates Segalanya Bermula: Madu Kelulut

Thursday 21 February 2013

Madu Kelulut

Salam Semua,
 
Beginner baru saje diperkenalkan dengan projek baru oleh En. Y iaitu Perusahaan Madu Kelulut. Kelulut?? Menatang apa tuh? Mungkin sebilangan kita biasa mendengar madu lebah sahaja, tapi jarang diperkenalkan dengan madu kelulut..betul tak..? kalau Mengikut  Kamus Elektronik Dewan Eja Pro, istilah kelulut nih adalah seperti berikut:
 Dan Pakcik Google menyerlahkan image berikut:

  zoom sket .... 

Tapi, ini pokok kelulut....yang mula2 kita cerita tuh adalah madu kelulut... sama ke...? apa kaitannyer....terlanjur kita google, meh amik ilmu sket akan khasiat pokok kelulut ini. Pokok Kelulut (Urena Lobata) selalunya tumbuh di kawasan tanah terbiar. Manakala buahnya amat mudah melekat pada fabric. Namun, akar dan daun kelulut tak ketinggalan turut memiliki khasiatnya yang tersendiri. Iaitu mengurangkan sakit gigi, merawat demam yang berpanjangan dan juga merawat luka.
Cara-cara penggunaan akar dan daun kelulut nih berbeza-beza mengikut jenis rawatan.

Mengurangkan Sakit Gigi

1. Ambil bahagian akar pokok kelulut saja.
2. Bersihkan akar tersebut sebaik mungkin.
3. Kemudian, kunyah akar tadi secara perlahan-lahan.

Merawat Demam Berpanjangan

1. Ambil akar kelulut dan bersihkan ia.
2. Kemudian, tumbuk akar tadi hingga lumat sedikit.
3. Seterusnya, anda perlu kisar akar tersebut dengan menambahkan sedikit air.
4. Selepas itu, tapis akar kelulut tadi untuk mendapatkan jusnya.
5. Akhir sekali, minumlah jus tersebut secara perlahan-lahan.

Merawat Luka

1. Ambil beberapa helai daun kelulut dan bersihkan.
2. Kemudian, tumbuk daun tersebut hingga lumat.
3. Akhir sekali, pupukkan daun yang telah lumat pada bahagian yang luka.

sejauh mana keberkesanannya, Wallahualam...kena cuba sendiri lah yer...

Berbalik semula pada Madu Kelulut di awal entry. Kelulut yang cuba dimaksudkan ialah sejenis serangga kecil seperti lalat...malahan lebih kecil daripada lalat yang berupaya menghasilkan manisan madu.

          Istimewanya, serangga ini tidak menyengat seperti lebah. Malahan, madunyer terbukti jauh lebih berkhasiat daripada yang dihasilkan oleh lebah...bagus kan..? semuanyer kuasa Allah. Rajin mentelaah, lebih banyak penemuan baru yang bakal diperolehi.
Kelulut lahir daripada keluarga APIDAE. Apa tuh..? memetik daripada sumber Wiki, APIDAE ialah : The Apidae are a large family of bees, comprising the common honey bees, stingless bees (which are also cultured for honey), carpenter bees, orchid bees, cuckoo bees, bumblebees, and various other less well-known groups. The family Apidae presently includes all the genera that were previously classified in the families Anthophoridae and Ctenoplectridae, and most of these are solitary species, though a few are also cleptoparasites. The four groups that were subfamilies in the old family Apidae are presently ranked as tribes within the subfamily Apinae. This trend has been taken to its extreme in a few recent classifications that place all the existing bee families together under the name "Apidae" (or, alternatively, the non-Linnaean clade "Anthophila"), but this is not a widely-accepted practice.

             Kelulut nih banyak jenis spesis. Terdapat lebih kurang 33 jenis spesis di Malaysia.  Di Semananjung sahaja terdapat 21 spesis, manakala selebihnya berada di Sabah/Sarawak. Oleh sebab teknologi yang terbatas, masih belum ramai usahawan yang berjinak-jinak untuk meneroka perusahaan menternak kelulut. Secara semula jadi, kelulut tinggal dalam lubang kayu pokok, dalam rongga batu-batan, pada dahan pokok, dalam lubang paip PVC dan bermacam-macam lagi. Kapasiti  kelulut di dalam setiap rumahnyer tidak besar, hanya meliputi kira-kira 50-200 ekor sahaja. Mereka keluar dari sarang pada waktu siang, dan hanya kembali ke sarang apabila cuaca mula gelap.

Haa...inilah gambar kelulut....kecilkan?



dah penat mentelaah, kita sambung lagi minggu hadapan...selamat berhujung minggu semuanyer...





No comments:

Post a Comment