Blogger Templates Segalanya Bermula: March 2013

Sunday 24 March 2013

Akad dalam Perniagaan



Salam semua,

Sesekali bila sedang nak beli barang di kedai runcit, kedai makan hatta di pasar malam sekalipun, Beginner selalu memikirkan tentang akad dalam perniagaan ni. Penjual cakap: Saya Jual dan Pembeli jawab: Saya Beli...itu paling ringkas lah akad yang diajar.... Adakah kita amalkannya?...ataupun ada segelintir kita yang tidak tahu ttg kepentingan akad ni? ... saja flash back, agak2 kalau tak cakap akad nih, hukum jual beli kita tuh sah tak..? berdosa tak bila tak buat akad masa jual beli nih...? semua tuh bermain di fikiran.....
Dulu2 masa sekolah agama, memang ada diajar tentang hokum akad dalam perniagaan nih. Time tuh belajar subjek Muamalat dalam kitab Muta al Badrin. Kitab nih famous digunakan di sekolah agama negeri seperti Johor dll. Kitabnyer tebal dalam 1 inci camtuh. Tulisannya rapat2 dan sarat dengan ilmu yang sangat berguna. Ini imej bagi kitab tersebut. Dalam kitab nih ada pelbagai topic termasuk Muamalat, Tauhid, Munakahat dsb. Semua terangkum dalam kitab ini.

                              Kitab Muta al Badrin



                       isi kandungan Kitab Muta al Badrin



Tapi, tuh lah kan, kalau ilmu tak di amal, ibarat pokok tak berbuah. Huhuhu. Bila memerlukan, baru kita mula mencari jalan penyelesaian kepada persoalan. Pokoknya, asalkan sedar dan mahu. Mencari punyer mencari, dipetik daripada website i luv Islam, ada hamba Allah cerdik pandai mengulas dengan ringkas dan padat. Harap dapat digunakan bersama oleh kita.

W'salam Dalil kewajiban aqad (ijab dan qabul) dalam urus niaga pembelian adalah berlandaskan Firman Allah: "Melainkan yang halal (kamu makan), bahawa harta benda perdagangan itu dilakukan rela sama rela antara kamu (antara penjual dan pembeli)." (Al-Nisa':28) dan sabda Nabi yang bermaksud: "Sesungguhnya sah jual beli itu dengan ada rela sama rela." Oleh kerana 'rela sama rela' itu adalah perbuatan batin, maka ianya perlu dizahirkan, iaitu melalui percakapan, eg 'aku beli' dan 'aku jual.' Ini adalah pendapat jumhur ulamak al-Shafi'iyyah. Pun demikian, apabila merujuk teks fiqh tradisional, terdapat juga beberapa ulamak, antaranya Al-Imam al-Nawawi dan pengarang kitab Subul al-Salam yang menyatakan, wajibnya berlafaz sebagai tanda aqad dalam jual beli itu ialah pada barang-barang yang tinggi nilainya. Adapun sekiranya barang itu murah, dan sering dibeli setiap hari, seperti barang keperluan harian, maka tidak diwajibkan untuk berlafaz, kerana cukup transaksi itu sebagai tanda kepada saling rela / redha antara penjual dan pembeli. Senario ini dipanggil al-mu'atoh. Ianya juga termasuk di dalam bab 'umum al-balwa dalam qaedah fiqhiyyah. Antara contoh lain ialah pembelian melalui vending machine. Jumhur ulamak dalam mazhab Hanafi, Hanbali dan Maliki walau bagaimanapun membenarkan jual beli mu'atoh secara mutlak, ie tanpa sighah ijab qabul, selagimana transaksi itu difahami secara adatnya menatijahkan rela/redha antara pembeli dan penjual. Apatah lagi dalam zaman moden ini apabila setiap pembelian akan disertai dengan resit sebagai bukti kerelaan penjual untuk menjual barang miliknya. Wallahua'lam

Friday 22 March 2013

Sudoku

Salam Semua,




Teringat masa kecik2 kalau kat skolah, antara soklan paling common ditanya oleh cikgu...mesti pasal HoBi...hehehe...yer tak...? tak pun, karangan 100 patah perkataan bertajuk HoBi Saya... Hehehehe...kita nih yang zaman kanak-kanaknyer sekitar 80an...akan memberi pelbagai jenis hobi yang ‘ntah apa2’ kalau di dengar oleh anak2 tahun 2K++ nih kan...mau digelaknyer budak2 skang bila dengar itu hobi mak pak diorang masa kecik...

Iyerlah, kita dulu kecik2 hobi bermain bola sepak.....mengumpul setem....menangkap rama2....memancing (eh..itu hobi evergreen tau,..hehehe) ..apa lagi yer.....kumpul key-chain..hehehehe

Tapi mmg ada lagi org zmn skang yang masih minta dengan benda2 cmnih pun...Cuma itu sebahagian hobi yang selalu menjadi pilihan anak2 80-an...
Kalau zaman skang, mestinyer yang melibatkan gadget2 nih...dgn iPhone nyer..iPad....tablet bagai....dan apa yg diorang wat kat ipad..iPhone nih smua...? 1) faceBook....2) main game....3) update blog...heheheh.kita memang kena terimalah semua tuh, sbb zaman berubah kan...kalau kita menongkah arus, alamat iPad jadi tempat alas makan lah..sbb gara2 tak tau menatang apa dia iPad tuh...huhuhu.teruk sgt lah tuh kan...hehehehe

Tapi kan, Beginner cukup suka main SuDoKu....main SuDoKu nih kira2 mcm hobi Beginner lah bila takde keje mesti ramai kan yg minat main gak....kdg2 bila main nih, mmg mengasyikkan...selagi tak dapat abiskan semua petak2 tuh, mmg selagi tuh tak mahu tinggalkan...
Sebelum tido Beginner akan capai buku SuDoKu nih dulu untuk test minda...walau dah larut malam, otak dah tak bape nak stabil nak fikir kira2 nih, tapi itulah masa yang paling ideal..sbb semua org dah tido..dapat fikir dengan tenang..hehehe...Kat dalam internet pun banyak game online utk SuDoku....so try lah main yer....hehehe


Wednesday 20 March 2013

Uang Lama

Salam semua,

Sebut tentang uang lama....mesti ramai para collector di luar sana yang eager nak share and show diorang punyer collection. Kaki-kaki collector nih je yang akan memahami jiwa dan minat mereka terhadap 'khazanah' berharga yang berjaya mereka kumpul. Mungkin sebilangan orang tertanya-tanya, nak buat apa simpan barang lama...dah tak boleh digunakan pun....buat penuh-penuh almari besi aje kalau disimpan,...ish, tapi, bagi para collector ni, 'khazanah' itulah yang menjadi harta paling berharga dalam hidup mereka. 

Beginner juga ada gak menyimpan sket2 'khazanah' yang dikumpul sejak 20 tahun lalu. Ini antara barangan yang paling Beginner sayang dan semestinya dijaga rapi. Kalau ada sapa2 berminat nak tengok, kita boleh set appointment..kehkehkeh 



Semangat Anak Kedah

Salam semua,

Meh meh nak habaq mai.....sapa-sapa sini anak kedah sila angkat tangan ....tuuu diaa....ramai naa yang angkat tangan..sedaq tak sedaq, Beginner pun terangkat tangan separuh tiang...hahahaha...nak kata anak kedah idak, nak kata bukan anak kedah pun idak...huhuhu....tengah-tengah....

Tapi , sapa anak Kedah pure, memang rugi lah hangpa kalau tak mai turun ramai-ramai ke Himpunan Anak Kedah (HAK) yang diadakan pada 16 Mac 2013 baru nih kat Stadium Juara, Bukit Kiara. Toksah nak citer lah dia punyer meriah....nak tau sapa yang mai...? semestinya tokoh pemimpin negara yang paling Beginner sanjung ...Che Det kita dan isteri sempat meluang masa dalam majlis tersebut. Rasanya mereka lah nadi utama Perhimpunan ini. 


Barisan kepimpinan UMNO negeri Kedah diketuai oleh Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Kedah, Dato' Paduka Mukhriz Tun Mahathir turut hadir memeriahkan majlis. Tengoklah apa yang kami dapat daripada majlis ini....best best...heheheh....tq Tun ...we love u....


cenderahati daripada Dato' Paduka 
 

Coklat...yeehhaaa..
 


Kami Anak Kedah.....
 


Monday 18 March 2013

1Million Women Purple Walk



Salam semua,

1Million Women Purple Walk. Satu lagi program anjuran kerajaan untuk memartabatkan wanita di Malaysia. Program ni diadakan pada 17 dan 18 Mac 2013 bertempat di seluruh negara. Pastinya yang meriah di Putrajaya sebab YBHG. PM kita dan isteri turut serta dalam program tersebut. 

Acara bermula seawal jam 8 pagi. Sebelum itu, ada acara senamrobik. Nak kasi regangkan urat2 yang tegang di awal pagi. Almaklum, baru bangun pagi, terus kerah pegi dataran. Huhuhu.

 Senamrobik....eh, mcm bukan tgh senam aje tuh..hehehe

             Warisan Anak Bangsa....Hanif and Cik Siti

Beginner yang memang minat dengan aktiviti rekreasi santai cmnih, tak lepaskan peluang juga. Walau terpaksa walk sambil mendukung cik Siti yang menjangkau 15kg. Adeh deh...lenguh tangan makcik berjalan hampir 1km dari garisan permulaan depan bangunan NRE hingga ke Istana Kehakiman. 



  Larian pun bermula.....1...2....3....Inilah Barisan Kita...


Tapi, demi semangat juang, di selangi dengan lagu ‘Inilah Barisan Kita...yang Ikhlas, Berjuang...’..memang terasa diri ini melangkah dengan begitu macho. Terasa seperti sedang memikul senjata M16 di medan tempur pulak time tuh. Hilang rasa penat and rimas bersesak-sesak time tuh. 


                                       Perutusan oleh PM

Akhirnya, sampai juga ke check point di hadapan Istana Kehakiman. Terus disambut dengan lagu Negaraku. Bersemangat menyanyi ramai2. Dengar perutusan YBhg PM yang sekali gus membuat pelancaran PerWani. Memperkasakan wanita di mata dunia. PM kata, golongan wanita lah yang paling banyak pembayar hutang...maksudnyer. wanita nih patuhi undang-undang....atau, wanita kah yang banyak berhutang..hahahah. 
  


Lepas perutusan, PM sempat melapangkan masa melawat booth menjual makanan yang dianjurkan oleh PerWani bagi membantu golongan ibu tunggal. Pengasas kepada booth tersebut adalah Chef Jo...pengacara Master Chef Siri Pertama. Cayalah Chef Jo. Beginner pun apa lagi, sempat suruh Hanif Junior bergambar dengan Chef Jo..huhuhu. last sekali event, Majlis bersarapan bersama PM. Rasa seronok bila PM berkesempatan meluangkan masa bersarapan pagi bersama-sama tetamu. Pelbagai juadah dihidangkan.Alhamdulillah cuaca memang panas terik. Majlis berjalan dengan lancar sekali. Ada juga konsert oleh artis terkenal tanah air, stacy, m nasir, francisca peter..tapi tak dan lah nak menengoknyer. beginner mencabutkan diri tepat jam 11 pagi. huhuhu.

  PM melambai tangan keluar dari booth 



      Bergambar bersama Chef Jo....huhuhu



















Sunday 17 March 2013

Kedai 1M



Salam semua,

Minggu lepas, Beginner tercari-cari minyak masak yang dijual dalam botol. Sama ada 2kg atau 5kg. Merata juga cari di kedai sekitar rumah Beginner tuh. Dari satu kedai, ke satu kedai pergi tanya. Tapi semua yang tinggal minyak dalam peket plastik. Yang harga dia RM2.50 tuh....harga kawalan, rata-rata mesti sama punya....Emmm...bukan tak mau beli, bukan juga soal kualiti yang dipertikaikan. Since MPOB dah luluskan pengeluaran dia, maka sihat lah minyak itu. Cuma, nak lagi elok, gunalah minyak zaiton, atau minyak sayuran. Tak gitu...huhuhu..Beginner nak beli minyak dalam botol ni sebab nak bagi pada jiran sebelah yang kebetulan nak buat kenduri sket. Tak kan nak bagi sumbangan minyak dalam peket pulak...yer tak.

Berbalik pada cari minyak tadi....di malam jumaat pulak tuh. Beginner try pergi ke presint 5 Putrajaya. Di situ ada Kedai Rakyat 1Malaysia. Dalam kawasan kuaters kerajaan. Melangkah masuk ke dalam kedai, memang Nampak logo 1M lah semuanya. Kalau kita berada di luar negara, bila nampka logo camtuh, sure rasa bangga ...negara mempunyai produk keluaran sendiri yang memartabatkan produk dan industri sendiri ke mata dunia. Malaysia Boleh!!

Dalam kedai ni, hampir 90% menjual barangan 1M. Dari barang kering, makanan dalam tin, frozen food, tisu, lampin pakai buang pun brand 1M...cayalah. Sampaikan Hanif Junior cakap “banyaknya tulis 1Malaysia kat kedai ni”...baru dia tau...inilah kedai kebanggaan rakyat Malaysia. Hihihi.

Inilah sebahagian barangan yang sempat di snap...dan di sebaliknya, ada beratus lagi produk yang tak sempat di snap....hehehe...nak tau, kena datang sendiri tengok kedai tuh yer. Hehehe. Kalau tak mahu pergi yang kat presint 5 nih, pegilah di lokasi lain http://www.kedairakyat1malaysia.com.my/en/store-location

                                             Minyak masak 1 M







Aneka nugget, samosa, karipap, wedges, daging burger 1 M












Ayam goreng sejukbeku 1M








                                                    Kentang


                                               Susu Pekat Manis 1M


Aneka minuman jus dan kordial 1M
 



                                Bahan Kering dan rempah ratus

Akhirnya Beginner beli minyak masak cap Alif...huhuhu