Blogger Templates Segalanya Bermula: Kedai 1M

Sunday 17 March 2013

Kedai 1M



Salam semua,

Minggu lepas, Beginner tercari-cari minyak masak yang dijual dalam botol. Sama ada 2kg atau 5kg. Merata juga cari di kedai sekitar rumah Beginner tuh. Dari satu kedai, ke satu kedai pergi tanya. Tapi semua yang tinggal minyak dalam peket plastik. Yang harga dia RM2.50 tuh....harga kawalan, rata-rata mesti sama punya....Emmm...bukan tak mau beli, bukan juga soal kualiti yang dipertikaikan. Since MPOB dah luluskan pengeluaran dia, maka sihat lah minyak itu. Cuma, nak lagi elok, gunalah minyak zaiton, atau minyak sayuran. Tak gitu...huhuhu..Beginner nak beli minyak dalam botol ni sebab nak bagi pada jiran sebelah yang kebetulan nak buat kenduri sket. Tak kan nak bagi sumbangan minyak dalam peket pulak...yer tak.

Berbalik pada cari minyak tadi....di malam jumaat pulak tuh. Beginner try pergi ke presint 5 Putrajaya. Di situ ada Kedai Rakyat 1Malaysia. Dalam kawasan kuaters kerajaan. Melangkah masuk ke dalam kedai, memang Nampak logo 1M lah semuanya. Kalau kita berada di luar negara, bila nampka logo camtuh, sure rasa bangga ...negara mempunyai produk keluaran sendiri yang memartabatkan produk dan industri sendiri ke mata dunia. Malaysia Boleh!!

Dalam kedai ni, hampir 90% menjual barangan 1M. Dari barang kering, makanan dalam tin, frozen food, tisu, lampin pakai buang pun brand 1M...cayalah. Sampaikan Hanif Junior cakap “banyaknya tulis 1Malaysia kat kedai ni”...baru dia tau...inilah kedai kebanggaan rakyat Malaysia. Hihihi.

Inilah sebahagian barangan yang sempat di snap...dan di sebaliknya, ada beratus lagi produk yang tak sempat di snap....hehehe...nak tau, kena datang sendiri tengok kedai tuh yer. Hehehe. Kalau tak mahu pergi yang kat presint 5 nih, pegilah di lokasi lain http://www.kedairakyat1malaysia.com.my/en/store-location

                                             Minyak masak 1 M







Aneka nugget, samosa, karipap, wedges, daging burger 1 M












Ayam goreng sejukbeku 1M








                                                    Kentang


                                               Susu Pekat Manis 1M


Aneka minuman jus dan kordial 1M
 



                                Bahan Kering dan rempah ratus

Akhirnya Beginner beli minyak masak cap Alif...huhuhu

No comments:

Post a Comment