Blogger Templates Segalanya Bermula: 1Million Women Purple Walk

Monday 18 March 2013

1Million Women Purple Walk



Salam semua,

1Million Women Purple Walk. Satu lagi program anjuran kerajaan untuk memartabatkan wanita di Malaysia. Program ni diadakan pada 17 dan 18 Mac 2013 bertempat di seluruh negara. Pastinya yang meriah di Putrajaya sebab YBHG. PM kita dan isteri turut serta dalam program tersebut. 

Acara bermula seawal jam 8 pagi. Sebelum itu, ada acara senamrobik. Nak kasi regangkan urat2 yang tegang di awal pagi. Almaklum, baru bangun pagi, terus kerah pegi dataran. Huhuhu.

 Senamrobik....eh, mcm bukan tgh senam aje tuh..hehehe

             Warisan Anak Bangsa....Hanif and Cik Siti

Beginner yang memang minat dengan aktiviti rekreasi santai cmnih, tak lepaskan peluang juga. Walau terpaksa walk sambil mendukung cik Siti yang menjangkau 15kg. Adeh deh...lenguh tangan makcik berjalan hampir 1km dari garisan permulaan depan bangunan NRE hingga ke Istana Kehakiman. 



  Larian pun bermula.....1...2....3....Inilah Barisan Kita...


Tapi, demi semangat juang, di selangi dengan lagu ‘Inilah Barisan Kita...yang Ikhlas, Berjuang...’..memang terasa diri ini melangkah dengan begitu macho. Terasa seperti sedang memikul senjata M16 di medan tempur pulak time tuh. Hilang rasa penat and rimas bersesak-sesak time tuh. 


                                       Perutusan oleh PM

Akhirnya, sampai juga ke check point di hadapan Istana Kehakiman. Terus disambut dengan lagu Negaraku. Bersemangat menyanyi ramai2. Dengar perutusan YBhg PM yang sekali gus membuat pelancaran PerWani. Memperkasakan wanita di mata dunia. PM kata, golongan wanita lah yang paling banyak pembayar hutang...maksudnyer. wanita nih patuhi undang-undang....atau, wanita kah yang banyak berhutang..hahahah. 
  


Lepas perutusan, PM sempat melapangkan masa melawat booth menjual makanan yang dianjurkan oleh PerWani bagi membantu golongan ibu tunggal. Pengasas kepada booth tersebut adalah Chef Jo...pengacara Master Chef Siri Pertama. Cayalah Chef Jo. Beginner pun apa lagi, sempat suruh Hanif Junior bergambar dengan Chef Jo..huhuhu. last sekali event, Majlis bersarapan bersama PM. Rasa seronok bila PM berkesempatan meluangkan masa bersarapan pagi bersama-sama tetamu. Pelbagai juadah dihidangkan.Alhamdulillah cuaca memang panas terik. Majlis berjalan dengan lancar sekali. Ada juga konsert oleh artis terkenal tanah air, stacy, m nasir, francisca peter..tapi tak dan lah nak menengoknyer. beginner mencabutkan diri tepat jam 11 pagi. huhuhu.

  PM melambai tangan keluar dari booth 



      Bergambar bersama Chef Jo....huhuhu



















No comments:

Post a Comment