Blogger Templates Segalanya Bermula: Akad dalam Perniagaan

Sunday 24 March 2013

Akad dalam Perniagaan



Salam semua,

Sesekali bila sedang nak beli barang di kedai runcit, kedai makan hatta di pasar malam sekalipun, Beginner selalu memikirkan tentang akad dalam perniagaan ni. Penjual cakap: Saya Jual dan Pembeli jawab: Saya Beli...itu paling ringkas lah akad yang diajar.... Adakah kita amalkannya?...ataupun ada segelintir kita yang tidak tahu ttg kepentingan akad ni? ... saja flash back, agak2 kalau tak cakap akad nih, hukum jual beli kita tuh sah tak..? berdosa tak bila tak buat akad masa jual beli nih...? semua tuh bermain di fikiran.....
Dulu2 masa sekolah agama, memang ada diajar tentang hokum akad dalam perniagaan nih. Time tuh belajar subjek Muamalat dalam kitab Muta al Badrin. Kitab nih famous digunakan di sekolah agama negeri seperti Johor dll. Kitabnyer tebal dalam 1 inci camtuh. Tulisannya rapat2 dan sarat dengan ilmu yang sangat berguna. Ini imej bagi kitab tersebut. Dalam kitab nih ada pelbagai topic termasuk Muamalat, Tauhid, Munakahat dsb. Semua terangkum dalam kitab ini.

                              Kitab Muta al Badrin



                       isi kandungan Kitab Muta al Badrin



Tapi, tuh lah kan, kalau ilmu tak di amal, ibarat pokok tak berbuah. Huhuhu. Bila memerlukan, baru kita mula mencari jalan penyelesaian kepada persoalan. Pokoknya, asalkan sedar dan mahu. Mencari punyer mencari, dipetik daripada website i luv Islam, ada hamba Allah cerdik pandai mengulas dengan ringkas dan padat. Harap dapat digunakan bersama oleh kita.

W'salam Dalil kewajiban aqad (ijab dan qabul) dalam urus niaga pembelian adalah berlandaskan Firman Allah: "Melainkan yang halal (kamu makan), bahawa harta benda perdagangan itu dilakukan rela sama rela antara kamu (antara penjual dan pembeli)." (Al-Nisa':28) dan sabda Nabi yang bermaksud: "Sesungguhnya sah jual beli itu dengan ada rela sama rela." Oleh kerana 'rela sama rela' itu adalah perbuatan batin, maka ianya perlu dizahirkan, iaitu melalui percakapan, eg 'aku beli' dan 'aku jual.' Ini adalah pendapat jumhur ulamak al-Shafi'iyyah. Pun demikian, apabila merujuk teks fiqh tradisional, terdapat juga beberapa ulamak, antaranya Al-Imam al-Nawawi dan pengarang kitab Subul al-Salam yang menyatakan, wajibnya berlafaz sebagai tanda aqad dalam jual beli itu ialah pada barang-barang yang tinggi nilainya. Adapun sekiranya barang itu murah, dan sering dibeli setiap hari, seperti barang keperluan harian, maka tidak diwajibkan untuk berlafaz, kerana cukup transaksi itu sebagai tanda kepada saling rela / redha antara penjual dan pembeli. Senario ini dipanggil al-mu'atoh. Ianya juga termasuk di dalam bab 'umum al-balwa dalam qaedah fiqhiyyah. Antara contoh lain ialah pembelian melalui vending machine. Jumhur ulamak dalam mazhab Hanafi, Hanbali dan Maliki walau bagaimanapun membenarkan jual beli mu'atoh secara mutlak, ie tanpa sighah ijab qabul, selagimana transaksi itu difahami secara adatnya menatijahkan rela/redha antara pembeli dan penjual. Apatah lagi dalam zaman moden ini apabila setiap pembelian akan disertai dengan resit sebagai bukti kerelaan penjual untuk menjual barang miliknya. Wallahua'lam

No comments:

Post a Comment