Blogger Templates Segalanya Bermula: Berenang Sebagai Suatu Sunnah

Thursday 16 May 2013

Berenang Sebagai Suatu Sunnah



Salam Semuanya.

Pusat Maritim Putrajaya

Dah lama rasanyer tidak mencoret sesuatu ke dasar blog ini....sibuk...itu aje lah alasan yang paling typical yang digunakan bila kita tak sempat lakukan sesuatu sama ada kebiasaan atau sesuatu yang baru.


Kali nih nak citer sket tentang renang...swim...2x5 lah tuh. Mungkin ramai yang memang sudah tahu malah telah mahir berenang. Beruntunglah kalau lahir-lahir sahaja kemahiran tersebut sudah boleh dikuasai. Namun, bagi yang tidak tahu langsung...malahan yang fobia dengan air, rasanyer perlulah menepis sikap takut dan rajin-rajinlah pasang plan untuk ikuti kelas berenang. Kalau yang tak mau ikuti kelas formal (yang dikenakan bayaran), bolehlah minta kawan-kawan yang champion untuk ajar basic tertentu. At least, kemahiran mengapung badan dalam air boleh dikuasai.


Selain menyihatkan badan...boleh kurus....lebih beruntung lagi bila kita di anugerah pahala kerana ini amalan Rasulullah. ..Allahuakbar. terasa seronoknya bila sesuatu yang kita buat ini adalah merupakan sunnah Rasul kan?

Rasulullah SAW bersabda,Ajarilah anak-anak kamu berkuda, berenang dan memanah
(Riwayat Bukhari dan Muslim)


Rasulullah SAW bersabda: “Tiap-tiap sesuatu yang bukan zikrullah berarti permainan dan kelalaian, kecuali empat perkara: Seorang laki-laki berjalan antara dua sasaran (untuk memanah); Seorang yang mendidik kudanya; Bermain-mainnya seseorang dengan isterinya; Belajar berenang.” (Riwayat Thabarani)


Semasa berenang, mental, fizikal, segala otot dan tulang rangka digerakkan untuk membuat satu gerakan yang berkoordinasi antara dua anggota kaki dan dua anggota tangan, selain meransang stamina ( sistem kardiovaskular).


Berenang juga memberi peluang manusia untuk menguasai air serta menjadi berani.


Emm..selain berenang, memanah dan berkuda juga merupakan sunnah nabi. Tapi, bagi kanak-kanak, aktiviti berenang ini adalah yang paling sinonim dan mudah disertai. Kalau nak join senaman berkuda, kos memang agak besarlah. Dan kemudahan kelab berkuda juga tidak semua tempat ada. Tapi kalau yang berkemampuan, bolehlah join. Untuk memanah pula, mungkin ramai antara kita yang tidak terfikir langsung untuk melalukannya kan?


Tapi kalau lihat pada faedah daripada aktiviti memanah nih, memang baik sekali. Memanah mampu melatih emosi dan fizikal untuk meletakkan target pada sasaran. Memanah sangat menitik beratkan body balancing. Maka jika pemanah emosinya tertekan, maka panahan amat mudah tersasar. Secara tidak langsung, sukan ini melatih manusia bertenang dan menstabilkan emosi.


Individu yang tidak tenang, gopoh, pemarah, kurang sabar atau kurang sihat mentalnya tidak akan menjadi pemanah yang baik.

Perbuatan melenturkan anak panah di busurnya, kemudian melepaskannya perlu satu kekuatan fizikal, sukan ini juga satu latihan holistik kepada diri seseorang dari segi fizikal dan mental.




No comments:

Post a Comment